Janji Sang Pencipta...
Assalammualaikum..
Dinginnya angin bayu yang menyapa dikala subuh hening.. Terasa sudah lama sangat jari jemari tidak menari-nari untuk menulis dilatarmu.. Sihatkah kalian para khalifah Dia.. Alhamdulillah, Dia masih memberi peluang untuk tubuh ini bernafas dan bertaubat dari dosa.... Dan sepertinya engkau tahu akan kehadiran aku disini.. Pasti ingin mencoret rasa hati yang sendiri sepertinya sudah tewas menahan.. Walaupun sering kali tangan ini menadah kepada Nya...
Aku kini sering mempersoal setiap perkara yang berlaku disekeliling aku.. Acap kali aku mengeluh untuk dugaan Nya... Sering kali juga aku bingung dimana salahnya.. Peluang aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringat ijazah sedikit terbantut sebab gagal pada cubaan yang pertama.. Padahal aku usaha sehabis mungkin.. Sekali lagi aku mengeluh... Tapi Dia punya janji yang akan Dia kotakan setelah menguji umatNya.. Mana mungkin Dia memungkirinya... Kerana sifat PenyayangNya sangat-sangat tidak terhitung... Maka aku berbalik kepada fitrah manusia yang akan diuji untuk melihat imannya...
Ya Rabbi, Engkau tahu aku masih baru dalam meniti sakinah Mu... Masih rapuh dalam menjalani istiqomah aku kearah Mu... Oleh itu aku yakin Engkau tahu jiwa dan hati aku kini terusik.. Terusik dengan cinta yang tidak halal... Dengan janji yang aku sendiri tidak pasti dimna kebenarannya... Aku mencari adam yang benar-benar inginkan syurga itu.. Aku inginkan adam yang menarik lembut aku kearah Mu... Tapi aku tahu manusia itu tidak pernah sempurna bahkan tidak akan sempurna dan aku sendiri masih belum sempurna....
Engkau yang menghadirkan rasa itu dalam hati ini.. Engkau jua tahu sejauh mana rasa itu tersimpan kemas.. Cuma kerana rasa itu, aku terpaksa memilih untuk lebih berdiam diri daripada bersuara.. Alasannya aku bimbang untuk berbicara, bimbang pengakhiran yang Engkau tahu menyakitkan.. Aku tahu silap sendiri kerana meletakan harapan yang tinggi dalam perhubungan yang belum pasti arah tujunya... Silap aku kerana tidak yakin dengan percaturan Mu.. Bukan aku mengeluh, cuma permintaan untuk secebis kekuatan agar aku bisa memelihara hubungan itu..
Jika dia yang Engkau tetapkan sebagai khalifah didalam hidupku, maka hanya Engkau yang tahu bagaimna untuk menyusun perjalanan itu... Kerana saat ini aku sedikit kecewa dengan tingkah dan laku nya..
Adam yang menjanjikan sesuatu....
Engkau seperti tidak memahami perasaan serta rasa itu kini ... Sedangkan engkau yang menaburnya serta menyakinkan aku untuk memilih kau berbanding insan lain.. ku mensyukuri setiap kasih sayang yang engkau beri sama ada dalam keadaan rela mahupun terpaksa... Untuk itu, aku sangat berterima kasih.. Engkau memulakan hubungan ini dengan baik, maka aku mohon jika ingin mengakhirinya jua dalam keadaan baik...
"Acapkali kau dihukum tanpa alasan,
kerna apa? kerna engkau seorang insan"
Nurul Hidayah Binti Azhar :)
No comments:
Post a Comment