Wahai ALLAH Yang MAHA PENGASIH
Sejahterakanlah untuk aku... YA ALLAH
SEMOGA aku sihat dan bahagia..
SEMOGA aku bebas dari kemarahan dan kebencian...
SEMOGA aku bebas dari kemiskinan jiwa dan raga,.
SEMOGA aku bebas daripada kesakitan jasmani dan rohani..
SEMOGA aku dapat mempertahankan kebahagianku sendiri..
YA RAHMAN YA TUHANKU
Meskipun aku belum sempat menyatakan rasa syukurku kepada segala nikmatMu, Namun Engkau tetap sudi mendengar kerana Engkau lah Maha Mendengar , Masa Pengasih..
Jika doa hambaMu ini tidak Engkau perkenan kan lagi, aku redha dan pasrah bahkan akan aku tetap bersujud dan memohon dariMu ya Rabb..
YA ALLAH..
Tolonglah aku dalam menjalankan amanah agamaMu..Jadikanlah kehidupan ku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikan kematian ku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan..
YA RABB..
Ampunkanlah aku kerana terlebih meminta-minta kepdaMu..Sesungguhnya pengantungan ku,ibadat dan solat ku serta hidup dan matiku hanya padaMu..
YA RAHMAT
Aku bersyukur dengan kurniaanMu.. Engkau hadirkan insan-insan yang menyayangiku keranaMu.. Engkau kasihkan mereka dengan menghadirkannya disetiap sisi kehidupanku..
Engkau ambil satu dari gengaman tangan ini , Engkau gantikannya dengan lain ..Meski tiada yang kekal didunia ini , tp aku bersyukur dapat merasai dan menikmati kasihnya Engkau serta mereka.. Sesungguhnya aku teramat bersyukur dengan kasih sayang mereka..Aku juga menerima zaujMu itu seadaanya dia..
" Andai telah tertulis di Luth Mahfuz bahawa aku terpaksa merangkak kesusahan dahulu sebelum kebahagian , aku terima dan redha akan ketentuanMu"
Nurul Hidayah Binti Azhar.. :)
No comments:
Post a Comment