Melody

PAUSE HERE

Wednesday 27 October 2021

Dewasa

Assalammualaikum. We meet again here.




Selembar kertas untuk coretan seribu rasa untuk sekeping hati yang entah ke berapa kali hampir terkoyak lunyai diremuk, dikerunyuk.. 


Menangisi sebuah perjalanan yang hakikatnya mendewasakan. Luaran terlihat mudah, tapi sakitnya isi didalam bagai tiada hari esok untuk dilunaskan.. 

Sebuah nama, susuk manusia yang memberi pelbagai rasa dalam hidup sepanjang 6 tahun. Usai menghabiskan degree, melakar janji untuk mengakhiri dengan masa depan yang pasti, bukan lagi gantung tak bertali. 6 tahun bukan tempoh masa yang sekejap untuk memberi. Tapi sayang, pengorbanan tak terbalas. Kenapa setelah diberikan masa depan, harapan, kepercayaan, kasih dan sayang, manusia itu seperti lupa akan janji yang dibuat hanya kerana susuk manusia lain yang pada akhirnya pergi juga dan memberikan kedukaan dalam diri. Kenapa pemberian aku tak kau hargai sehinggakan ada susuk lain yang melukakan kau, lalu ia melukakan aku juga.. Rumit 

Lupakah siapa yang menjemput ke dalam hidup masing-masing. Lupakan siapa yang memula langkah. Lupakah kau siapa yang menabur janji. Engkau. Lalu kau sia-sia kan sekeping kepercayaan. Acap kali aku yang mengalah dalam semua perkara. Acap kali aku yang terlebih memberi. Sampah yang kau balas. Lalu sekarang setelah tali yang diikat itu terlerai, kau kembali melutut. Menuntut janji yang kau sendiri mungkiri. Menangisi kedinginan aku. Sedangkan kau lupa, betapa aku seperti selembut kapas tika aku masih berharap. 

Pergilah. Pergi mencari kesempurnaan yang pada azalinya tiada satu yang terlahir sempurna di dunia ini. Pergilah, kerana hati ini bagai tiada ubat untuk disembuhkan. Betapa kau beruntung ketika kau dibawah, aib kau masih aku jaga. Itu adalah pemberian terakhir untuk kau. Terima kasih diatas perjalanan yang mendewasakan ini. 

















Nurul hidayah binti azhar.

Hargai sebuah kehidupan.. 














Tuesday 10 November 2020

Rahsia Dia

Assalammualaikum...





Tak sangka gonna menulis lagi dekat sini. Quiet funny sebenarnya bila teringat segala isi rasa dihati diluah kan disini selain pada Dia Yang Satu itu.. 


Bila rasa itu sebenarnya diberikan pada sekalian umat manusia menjadikan kita hidup sebagai satu insan yang menjalani kehidupan dibumi ini seadanya dan selayaknya. Pelik bila setiap rasa itu hadir pada tika dan waktu yang tidak kita inginkan dan berharap ia adalah sebagai sebuah mimpi yang indah berbanding realitinya adalah sebaliknya. Rasa yang terkadang kita memilih untuk memendam demi sebuah keharmonian, keadamaian, ketenangan jiwa. 

Marah, sedih, sayang, rindu, kasih.. Sebagai manusia terlahirnya sifat begini yang menjadikan kita sebagai satu insan yang hampir sempurna. Merasai setiap satunya secara normal dan menjalaninya sebaik mungkin. Mengapa dan kenapa rasa ini adalah untuk menjadikan kita sebagai insan. Menjadikan kita sebagai satu manusia yang sewajarnya bersifat tawaduk dan kasih sesama insan. Tika marah, bersabarlah.. Tika sedih, berdoalah.. Tika sayang hadir,  titipkan rasa itu pada Dia agar Dia bisa menjaga.. Dan tika rindu, bawa lah ia bersama dengan ingatan supaya kita menghargai tiap satu yang hadir didalam hidup ini...

Mengasihi dan menyayangi sesama manusia itu indah. Apatah lagi jika rasa itu kepada berlainan jantina.. Keindahan itu yang menghidupkan alur kehidupan setiap manusia yang mempunyai hati serta perasaan. Tika ini dan saat ini hati ini terusik pada dia yang bukan selayaknya milik aku.. Milik mereka yang telah ditentukan oleh Dia.. Untuk diri ini hidup di dalamnya adalah mustahil dan mendebarkan kerana dia jauh dari gapaian. Tapi mengapa rasa itu hadir pada waktu dan detik yang tidak sepatutnya ia hadir.. Istikharah, doa seribu dipanjatkan kepada Dia sebelum memilih untuk menerima rasa itu, tetapi masih tidak adil terasanya pada isi jiwa.. 

Sedang keluarga tiada halangan untuk mempertaruhkan kebahagian diri ini. Terasa semuanya mudah pada zahirnya. Setiap tadahan doa mempersoalkan tentang rasa yang satu inii. Mengapa harus aku dan mengapa si dia.. Sifat manusia yang satu ini terjadi biasa bila mana sering bertanya dan mempersoalkan tika keadaan itu tidak seharusnya berlaku. Kurang syukurkah diri ini pada Dia.. Terasa aneh itu sangatlah mendebarkan bila mana prinsip hidup yang ditanam bagai tiada erti, goyah, gugur dengan mudah.. Setiap jawapan doa terlayar bagai paparan tayangan yang semakin menguatkan rasa itu untuk terus memilih dia.. Bagai dipermudahkan semuanya walhal sangatlah bercanggah dengan apa yang difikirkan manusia biasa.. Salah siapa? Sedang segalanya bermula dengan doa dan pengharapan pada Dia.. Sekali lagi pengharapan dipanjatkan agar terhindar dari rasa kecewa yang menyakitkan.. Mampukah perjalanan ini walaupun ia mudah pada zahirnya tapi tidak pada realiti.. Layarkan jiwa ini pada selayaknya.. Jika dia, maka permudahkanlah.. Jika sebaliknya, semoga tidak terlalu tengelam dalam rasa kecewa dunia...

Masih tiada yang tahu.. Kerana ia satu Rahsia dari Dia Yang Satu...  :)

























Nurul Hidayah Binti Azhar 

Sunday 7 July 2019

Sebuah Rasa

Assalammualaikum..Im back after so long.. 

Cuma tenang di permukaan
Dan di dasarnya bergelora..
Persoalan demi persoalan
Membelenggu akal dan fikiran
Tidak ku temu jawapan
Seandainya dapat kulari
Jauh kupergi membawa diri
Sebenarnya langkah terkunci
Antara kasih dan juga budi


Akan ada satu ketika bila mana jiwa, hati dan diri kita akan lemah dan lelah dengan setiap yang berlaku dalam hidup ini tanpa kita boleh tepis dan lari. I feel it right now, very deep rasa kecewa tu dengan setiap benda yang berlaku. Betul rasa tu sepatutnya tiada.. Tiada rasa mempersoalkan kejadian yang Allah dah tetapkan untuk kita, tp itu la khilaf kita sebagai manusia.

Kecewa bila apa yang kita harapkan dan kehendaki tak dipenuhi dan dilaksanakan.Terkubur rasa dikala melebihikan manusia lain yang sebenarnya kita terluka dan luka tu dalam. Kita mengharapkan manusia yang sebegitu dan sebegini tetapi ianya sebaliknya dimana kita yang terlebih memberi berbanding mereka. Bukan mengungkit, tetapi as mention rasa kecewa tu hadir. Bukanlah dari segi percintaan semata, tetapi keseluruhan. Dalam keluarga, dalam persahabatan.. Sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi sakit gigitan itu hanya kita yang terasa dan lukanya menjadi kudis. Saat demi saat, hari demi hari, minggu demi minggu lalu ia memakan tahun. 

Kadang faham kenapa seseorang itu "depression" , "anxiety" atau kesedihan hingga merubah dirinya. Orang-orang ini bukanlah mempunyai masalah iman, solat. Tetapi lebih kepada dalaman, bebanan rasa. Everyone akan merasai benda ni bila satu ketika kita terasa kenapa semua ini, kenapa ia berlaku, kenapa perlu, kenapa tidak seperti itu.. Terkadang itu tika sujud dan saat meluahkan, ia menjadi sangat lelah. Menghabiskan segala sisa airmata, segala sisa resah untuk kekal bangun dengan cekal pada keesokan harinya. Meneruskan langkah dengan senyuman dan kekuatan.

Tapi manusia tak pernah tahu, senyuman yang selama ini menghiasi bibir dan ketawa yang mewarnai mereka adalah sebuah usaha untuk mengubati hati sendiri tika manusia-manusia ini lupa akan kehadiran empuya hati. Terkadang kita lelah menjadi kuat dan membeku kan hati demi menyelamatkan sebuah pertalian. Dan ya, ia perlu. Cuma hati, hati ini terkadang lemah, lelah..Seperti sekarang, ia semakin membina tembok untuk melindungi sekeping hati yang rapuh.. 







































" Dia yang membolak balikan hati kita, 
"Namun Dia juga yang memelihara rasa,
"Siapa kita menidakkan kuasaNya,
"Moga masih bersama mereka yang sama"  

Saturday 17 June 2017

Kehilangan.

Assalammualaikum dunia... Good to see this world again.. After a year tak menari-nari kan jari dekat lebaran media ni.. Well im feeling good, cuma sekarang dah masuk ramadan yang ke-22 ..Alhamdulillah untuk nikmat yang satu ini.. Moga dapat bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang. 


Tapi sepanjang ramadhan bertandang, acap kali dihidangkan dengan kisah-kisah kehilangan sama ada dijemput Dia mahupun kehilangan tempat bergantung. The thing  hanya orang yang pernah mengalami kehilangan je yang akan rasa sakit dan pahit tu bagaimana. Since i have been lost arwah yang menjadi salah satu tulang belakang waktu rebah diuji dengan kesihatan abah. 

Saban hari dihidangkan dengan berita-berita kemalangan dan kematian yang menjadi asbab untuk manusia-manusia berasa insaf dengan kehidupan yang pada zahirnya hanyalah singkat. Berada pada situasi yang menyakitkan itu membuatkan diri sentiasa terasa dengan berita-berita ini. Tipulah sebagai manusia, rasa sedih tu tak menjadi makanan harian kadang-kadang. Bukan diminta rasa tersebut menguasi diri, tetapi lumrah manusia yang mempunyai sifat simpati dan berkasih sayang. 

Maha Suci Allah, betapa indahnya hidup ini walaupun diuji dengan kehilangan insan-insan yang kita sayang.. Kehilangan insan-insan yang menjadi salah satu tulang belakang bahkan pemberi semangat. Dengan sekelip mata sahaja hilang dari pandangan. Hanya yang dipilih oleh Dia yang akan diuji. Dan bagaimana kau katakan kau beriman jika tidak diuji. Ujian itu makanan orang islam yang percaya dengan rahmat dan pemberian Dia. 

Tetapi sekali lagi, rasa itu lebih menguasai diri.. Melihat sekujur tubuh terbaring sepi tanpa bicara.. Tanpa pergerakan, tanpa senyuman, tanpa sentuhan, tanpa kata-kata semangat, tanpa kasih dan sayang lagi. Mana mungkin seribu satu rasa lemah itu tidak hadir. Kadang kala berada di dunia perantauan ini, bimbang akan dihidangkan dengan berita-berita ini yang melibatkan orang-orang tersayang. Takut, terlalu takut kerana tidak bersedia untuk menghadapi atau berada dalam keadaan tersebut. Sebagai mana sahabat diuji, kehilangan ibu dan ayah ketika sibuk menelaah, ketika sibuk untuk membanggakan mereka. Mereka pergi tanpa pesan, tanpa kata. Jiwa ini rapuh...

Naim.. Seindah nama yang diberikan.. Tahun ini genap 7 tahun pemergian dari bumi Allah ini. Genap 7 tahun usia perkenalan yang singkat.. Genap 7 tahun rasa itu tersimpan kemas dalam hati. Walau masih muda pada ketika itu, tapi rasa itu masih terasa hingga kini. Ya Rabbi, engkau uji tika itu aku terlalu mentah dan belum sangat bersedia. Engkau uji wali kesayangan aku dengan sakit yang melumpuhkan segalanya, Engkau uji pada tahun yang sama, aku kehilangan arwah Naim. Insan yang banyak memberi semangat dan nasihat walaupun dia sendiri sedang rapuh dengan masa silamnya. Genap juga 7 tahun diri ini masih tidak menjejakan kaki ke pusaranya dia. Masih belum diberi kesempatan untuk itu walaupun kerap kali berulang ke Pulau Pinang. Entahlah...

Here again another year for Lebaran. Pada mereka yang kehilangan, moga tabah dan sabar. Kerana isi ujian itu adalah rahmat dan keberkatan. Pada ayahanda, moga lebaran ini memberi lebih kekuatan untuk menempuhi segala ujian yang diberi. Moga lebaran kali ini juga memberikan keredhaan buat mu. Dan moga lebaran kali ini memberi seribu satu senyuman dan kesembuhan yang dinantikan. Sesungguhnya hikmah sakit itu sangat terlihat. Moga diri ini juga mampu menempuhi ujian2 dari Dia. Moga juga insan yang mendampingi kini adalah yang terakhir kali nya. Cukup lelah dengan permainan dunia. Moga kejayaan jua buat sahabat-sahabat yang sudah menyulam kasih lebih dari 13 tahun bersama. Maha Suci Allah, moga dipermudahkan segala urusan mereka yang dalam kesempitan dan kesusahan. 

Wahai ramadhan, hadirmu bersama ujian,
Disebaliknya singkap pelbagai keistimewaan,
Berlalunya engkau dalam igauan,
Moga lebaran memberi seribu satu kekuatan. 








































Nurul Hidayah Binti Azhar :) 
"Once upon a time "


Sunday 13 March 2016

Kehidupan..

Assalamualaikum.. Seakan terlalu lama jemari tak menari-nari menulis lakaran idea..Indah sungguh bumi ciptaan Nya tika tiba hening malam hari.. Allahuakhbar..
Acap kali terasa rindu apabila menulis untuk sebuah coretan.. Hahha bakat menulis mungkin..

Hampir sebulan aku menyambung pelajaran di UITM PUNCAK ALAM.. Menggalas sebuah tanggungjawap dan harapan keluarga.. Sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah.. Besar, meskipun masih baru dalam menapak kedalam dunia ini.. Dunia yang sering kali menjadi dambaan setiap insan yang ingin melanjutkan pelajaran.. Setelah berhempas pulas di peringkat STPM, disini pula aku ditempatkan sebagai salah satu pelajar universiti terkemuka negara bahkan turut dikenali antera dunia.. Bukan itu menjadi keutamaan nya ketika berada disini.. Disini aku lebih terbuka dalam permikiran.. Melihat dan mendengar pelbagai sudut..

Bukan sahaja melihat dari sudut akademik, malahan cara kehidupan manusia di dunia sebenar yang kecil ini.. Kadang-kadang buat aku terfikir, adakah ini kehidupan sebenar apabila berada diluar dunia akademik.. Baik buruknya terlayar kemas disini.. Mengambarkan bahawa kehidupan ini punya pelbagai warna dan corak.. Kau yang memilih dan mewarnakan nya sebaik mungkin..

Aku belajar jatuh bangun kini hanya diatas kaki sendiri.. Mengharapkan bantuan hanya pada yang Esa... Kadang termenung sendiri, adakah aku cukup kuat untuk berada disini bahkan didunia yang sebenar nanti.. Hanya untaian doa dan senyuman untuk sebuah kekuatan.. Hidup ini pilihan.. Jika tak mampu jadi yang terbaik, maka buatlah pilihan yang baik.. Jika tak mampu membahagiakan, maka jangan jadi punca sebuah derita.. Jika tak mampu memberi, maka jangan pula jadi pembeban.. Jika tak mampu menghormati, maka janganlah jadi seorang manusia yang kejam.. 

Pernah ditanya, murah sungguh senyuman dan gelak ketawa.. Kerana aku belajar sakit terlebih dahulu berbanding bahagia.. Kerana dengan ketawa dan senyuman itu kekuatan fizikal yang aku miliki.. Kerana ketawa dan senyuman itu adalah salah satu ubat yang mujarab bagi penyakit hati.. Aku belajar jatuh bangun sendiri, bersusah payah sendiri.. Bahkan mendidikan sekeping hati ini jua sendiri... Jahiliah dan rapuhnya aku dahulu, terasa malu sendiri.. Betapa hidup dalam kepura-puraan cinta akan Dia.. Betapa naif dalam peredaran dunia lakonan ini.. Betapa rapuhnya jiwa dalam mengatasi masalah manusia.. Perlahan-lahan aku bangun lalu berlari kini..

Wahai manusia yang hadirnya ibarat pelangi petang, terima kasih kerana menjadi salah satu sebab didikan hati rapuh aku dahulu menjadi setabah ini .. Terima kasih kerana menjadi salah satu asbab aku bangkit dengan jaya nya kini.. Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi kegagalan adalah sebuah kejayaan... Betapa kalian berjaya mendidik diri ini untuk kuat didunia kecil ini sebelum melangkah kedunia sebenar... Moga masih dalam istiqomah Nya... Terbanglah dalam sapaan angin rindu...




















" Dalam berjalan terkadang kau jatuh,
" Dalam berlari terkadang kau tersadung,
" Ini kehidupan yang harus kau tempuh,
" Moga terdidik hati-hati yang ditampung... "

Nurul Hidayah Binti Azhar :) 

Sunday 25 October 2015

Lumrah.....

Assalammualaikum......Tenang lewat petang macam ni.. :) 

Lama juga tk menulis ni.. Kekok kejap ! :P Lama tak menari-narikan jari jemari yg tembam ni kat atas keyboard untuk menulis... ashh ! hahaha ... 

Aku mulakan.....Tapi didahului maaf.....

Nurul Hidayah Binti Azhar ... ?
Demi Allah aku hanyalah manusia yang Allah tiupkan roh serta perasaan untuk berbakti kepada agamaku... Demi Allh, aku hanyalah manusia yang sangat kerdil dan sering kali melakukan kesilapan... Sering kali !!.. Aku belajar untuk terima setiap satu perkara yg datang.. Dugaan, bahkan ganjaran.. 

Aku lewati satu langkah dengan belajar menerima takdir yg Engkau tentukan dalam mencorakan kehidupan aku sebagai seorang manusia.... Tapi ........
Tapi ya Tuhan, manusia seakan tak mengerti kelemahan dan kekurangan yg aku ada.. Mereka mendambakan kesempurnaan dalam bersahabat, dalam berkasih.. Sedangkan aku manusia yg tak pernah sempurna.. Yang sempurna hanya ada di SYURGA MU !... 

Aku sedar kala ini, hati ini sedang berperang dengan rasa yg hebat.. Lebih kepada luka yang aku sendiri cipta... Aku menerima setiap satu perkara itu dalam keadaan yang aku tak bersedia langsung... Kau duga ayah tersayang dengan sakit, saat dan ketika itu aku  belum bersedia.. Kau ambil insan yg selamani mendukung dan menyokong aku, dan takala itu jua aku belum bersedia.. Lalu Kau kirim insan lain dan Kau duga jua dikala aku belum bersedia menerimanya......

Sekarang..... Aku berusaha mematangkan diri.. Setiap sudut aku pandang dengan positif walaupun ia menerbitkan rasa ralat... Aku berusaha membahagiakan setiap insan yg disisi walaupun mereka hanya singgah sebentar... HANYA SEBENTAR !.... Aku usaha memberi tanpa niat meminta, kerana kasih yang Engkau kirim... Tapi !! Semakin hari Kau tarik rasa kasih mereka kepada aku.. Untuk aku belajar salah, sedangkan aku sendiri tak tahu dimana silapnya...... Aku buntu dan sendiri memikirkannya.......

Ya Rabbi, doa kepadaMu adalah medan kekuatan aku.. Tapi manusia-manusia yang hadir ini menyempurnakan hari-hari aku... Namun, Engkau yg berkuasa, aku hanya manusia biasa..... 

Wahai manusia, kala ini aku tersayat hati.. Memikir dimana salahnya dan dimana pengakhirannya... Aku tak tahu bagaimna untuk sentiasa tersenyum.. Aku sendiri tak tahu bagaimana untuk sentiasa menerima dengan hati yg terbuka.. Aku terpaksa berhenti seketika untuk berehat, untuk berubat..... Aku penat...........












"Ditanya apa yang engkau inginkan,
cukuplah sekadar penerimaan yg ikhlas dan secebis ehsan" 

Nurul Hidayah Bt Azhar :')

Tuesday 8 September 2015

Janji Sang Pencipta...

Assalammualaikum.. 

Dinginnya angin bayu yang menyapa dikala subuh hening.. Terasa sudah lama sangat jari jemari tidak menari-nari untuk menulis dilatarmu.. Sihatkah kalian para khalifah Dia.. Alhamdulillah, Dia masih memberi peluang untuk tubuh ini bernafas dan bertaubat dari dosa.... Dan sepertinya engkau tahu akan kehadiran aku disini.. Pasti ingin mencoret rasa hati yang sendiri sepertinya sudah tewas menahan.. Walaupun sering kali tangan ini menadah kepada Nya... 

Aku kini sering mempersoal setiap perkara yang berlaku disekeliling aku.. Acap kali aku mengeluh untuk dugaan Nya... Sering kali juga aku bingung dimana salahnya.. Peluang aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringat ijazah sedikit terbantut sebab gagal pada cubaan yang pertama.. Padahal aku usaha sehabis mungkin.. Sekali lagi aku mengeluh... Tapi Dia punya janji yang akan Dia kotakan setelah menguji umatNya.. Mana mungkin Dia memungkirinya... Kerana sifat PenyayangNya sangat-sangat tidak terhitung... Maka aku berbalik kepada fitrah manusia yang akan diuji untuk melihat imannya... 

Ya Rabbi, Engkau tahu aku masih baru dalam meniti sakinah Mu... Masih rapuh dalam menjalani istiqomah aku kearah Mu... Oleh itu aku yakin Engkau tahu jiwa dan hati aku kini terusik.. Terusik dengan cinta yang tidak halal... Dengan janji yang aku sendiri tidak pasti dimna kebenarannya... Aku mencari adam yang benar-benar inginkan syurga itu.. Aku inginkan adam yang menarik lembut aku kearah Mu... Tapi aku tahu manusia itu tidak pernah sempurna bahkan tidak akan sempurna dan aku sendiri masih belum sempurna....

Engkau yang menghadirkan rasa itu dalam hati ini.. Engkau jua tahu sejauh mana rasa itu tersimpan kemas.. Cuma kerana rasa itu, aku terpaksa memilih untuk lebih berdiam diri daripada bersuara.. Alasannya aku bimbang untuk berbicara, bimbang pengakhiran yang Engkau tahu menyakitkan.. Aku tahu silap sendiri kerana meletakan harapan yang tinggi dalam perhubungan yang belum pasti arah tujunya... Silap aku kerana tidak yakin dengan percaturan Mu.. Bukan aku mengeluh, cuma permintaan untuk secebis kekuatan agar aku bisa memelihara hubungan itu.. 

Jika dia yang Engkau tetapkan sebagai khalifah didalam hidupku, maka hanya Engkau yang tahu bagaimna untuk menyusun perjalanan itu... Kerana saat ini aku sedikit kecewa dengan tingkah dan laku nya..

Adam yang menjanjikan sesuatu.... 
Engkau seperti tidak memahami perasaan serta rasa itu kini ... Sedangkan engkau yang menaburnya serta menyakinkan aku untuk memilih kau berbanding insan lain.. ku mensyukuri setiap kasih sayang yang engkau beri sama ada dalam keadaan rela mahupun terpaksa... Untuk itu, aku sangat berterima kasih.. Engkau memulakan hubungan ini dengan baik, maka aku mohon jika ingin mengakhirinya jua dalam keadaan baik...











"Acapkali kau dihukum tanpa alasan, 
kerna apa? kerna engkau seorang insan" 

Nurul Hidayah Binti Azhar :)